Laporan Polis Ketua Srikandi Keadilan Malaysia

Posted by Srikandi Keadilan | 3:40 PM | 0 comments »




KENYATAAN MEDIA

Tarikh : 19 April 2010

Per: KEMPEN BARISAN NASIONAL BERBAUR LUCAH DAN HASUTAN

Srikandi Keadilan Malaysia ingin menyatakan bantahan terhadap bahan-bahan kempen yang dikeluarkan oleh Barisan Nasional (BN) sama ada di billboard atau dalam bentuk risalah yang berbaur lucah dan hasutan.

Tinjauan Srikandi mendapati bahawa billboard-billboard yang dipasang oleh BN mempunyai unsur-unsur hasutan dan provokasi seperti:

1. Terdapat gambar Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dicop sebagai pengkhianat Negara

2. Provokasi dalam kes kuil India di Seksyen 3, Shah Alam

3. Kata-kata yang memperlekehkan hak dan keputusan pengundi Hulu Selangor oleh Puteri UMNO

Selain daripada itu, risalah berbaur lucah yang disebarkan kepada umum seperti

1. Gambar kes YB Elizabeth Wong

2. Gambar palsu Dato’ Zaid Ibrahim meminum arak

3. Gambar YB Elizabeth Wong dan Dato’ Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim

Tindakan ini menunjukkan bahawa BN tidak mempunyai isu untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat kerana Kerajaan Selangor membuktikan prestasi yang cemerlang dalam pentadbiran negeri.

Selain itu juga, BN dilihat tidak matang dalam melaksanakan kempen pilihanraya walaupun telah 50 tahun terlibat dalam proses pilihanraya, namun masih gentar dengan kekuatan PR.

Srikandi mengecam tindakan ini sebagai tindakan yang tidak professional dan provokatif yang menyerang peribadi pimpinan dan individu tertentu.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) harus bertindak terhadp situasi ini. Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor harus berlangsung dalam keadaan yang aman, adil dan bersih.

SITI AISHAH SHAIKH ISMAIL

Ketua Srikandi Keadilan Malaysia

0 comments