Srikandi KEADILAN hari ini membidas kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang menyarankan agar Kerajaan yang ada membina Sekolah Pelajar Hamil peringkat Kebangsaan yang mana saranan itu telah diutarakan oleh Ketua Menteri Melaka Dato Seri Ali Rustam baru-baru ini.


Saya merasakan itu sebagai satu bentuk tindakan yang tidak membantu namun akan membuatkan gejala seperti penzinaan dan pergaulan bebas anak remaja semakin berleluasa.Saya tidak menolak bahawa remaja-remaja ini harus diberi peluang kedua namun sepatutnya sebagai salah seorang pemimpin generasi muda kita harus memikirkan sesuatu mekanisma pencegahan dan bukan satu bentuk habuan yang akhirnya akan mengakibatkan ia menjadi semakin sukar dibendung.


Srikandi juga turut mengatakan kekesalan diatas idea atau cadangan yang dianggap tidak masuk akal dan menghina generasi muda khususnya wanita.Kita mahukan satu generasi yang lebih baik kerana mereka merupakan generasi yang akan mewarisi masa depan,namun dengan keluarnya idea dan pendekatan ini saya merasakan ia sesuatu yang cukup dikesali.


Isunya ialah pembendungan dan pencegahan masalah pergaulan bebas yang akan membawa kemudaratan ini bukan memikirkan mahu menghabiskan wang rakyat untuk sesuatu yang tidak langsung membantu.Jika benar kerajaan yang ada mahu membantu generasi ini maka pencegahan dan peranan institusi agama itu harus diperhebatkan bukan berdiam diri dan akhirnya ia tidak membawa apa-apa.


Membina bangunan bertingkat dan juga prasarana seperti itu bukan jawapan yang tepat.Sudah berapa banyak rumah-rumah perlindungan diwujudkan dan badan-badan khas seperti jabatan kebajikan masyarakat dan juga badan-badan ngo ditubuhkan untuk isu ini namun masih menemui jalan buntu.Jadi saya rasakan bahawa pembinaan sekolah “Hamil” bukan jawapanya melainkan gerak kerja dan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh Kerajaan sendiri.


Untuk itu saya boleh nyatakan bahawa ini menunjukan bahawa Kerajaan yang ada gagal untuk menjamin masa depan generasi muda masa kini dan untuk itu satu bentuk perubahan kerajaan yang baru harus berlaku agar ia lebih menjamin masa depan mereka.



SITI AISHAH BT SHAIK ISMAIL
KETUA SRIKANDI KEADILAN MALAYSIA

Srikandi KEADILAN 'Tawan' Universiti

Posted by Srikandi Keadilan | 1:52 PM | 0 comments »



Srikandi PKR semakin melebar sayap dalam meraih sokongan pengundi muda khususnya golongan mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail berkata kerancakan kempen Srikandi mendorong mereka menembusi 40 peratus IPT termasuk Universiti Teknologi Malaysia (UiTM).

Lebih manis lagi, kejayaan ini datang ketika pergerakan Puteri Umno dilanda bibit-bibit perpecahan walaupun ia cuba diselindung ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Rosnah dipercayai terpaksa membuat kenyataan media kononnya tiada masalah kepimpinan melanda Puteri Umno berikutan desas desus mengenai kegagalan pergerakan itu menggamit sokongan pengundi muda, bukan rahsia lagi.

“Sebenarnya Puteri Umno sedang mengalami permasalahan yang ketara. Kita lihat di peringkat negeri pun, pengaruh mereka semakin menurun akibat sikap pemimpin mereka yang mengamalkan standard tertentu." katanya.

Siti Aishah menyifatkan kebanyakan pemimpin dan ahli Puteri Umno yang mengejar populariti dan menonjolkan imej elitis di kalangan rakyat marhaen.

Ini menyebabkan Puteri Umno tidak popular di kalangan rakyat dan kini, tidak lagi kedengaran program melibatkan mereka.

“Punca utama kelemahan mereka ialah kerana mereka dilihat sebagai satu golongan elit yang hanya mengejar populariti - itu yang menyebabkan mereka gagal mendampingi pengundi muda.

"Kita melihat Puteri Umno hampir 100 peratus mendiamkan diri dan tidak pun memberikan pandangan atau idea-idea yang bernas bagi membantu golongan generasi muda,” katanya.

Sebaliknya, Srikandi PKR bersungguh-sungguh menawan hati rakyat hingga mampu menambat keyakinan pengundi muda, lebih-lebih lagi golongan terpelajar.

“Kita berjaya menembusi hampir 40 peratus universiti di Malaysia termasuk UiTM dan UIA. Bukan bergantung kepada mahasiswa mencari kita di luar tetapi kita sudah mampu masuk sendiri melalui gerakan yang kita bina,” katanya.



Al Hamdulillah !

Saya sangat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinnya kita dapat berkumpul pada hari ini untuk membincangkan perkara-perkara yang timbul dari kelemahan kita bagi menghadapai musuh politik kita dari umno/bn yang saban hari menunjukkan sikap yang begitu rakus melakukan berbagai-bagai kerenah dan mehnah untuk membenam karier perjuangan kita, apa yang kita lihat dari awal penubuhan parti kita lagi mereka telah merancang untuk memulakan berbagai onak dan olah supaya parti kita terkubur tanpa tanda


Para pemimpin,perwakilan dan pemerhati sekelian

Kita semuanya adalah sama,saya mengharapkan supaya kita berpendirian suatu dalam perjuangan mengikut perlembagaan parti, di samping itu kita mengamalkan suatu fatua iaitu berpegang dengan satu prinsip sebagai pusaka dan fitrah kejayaan iaitu tidak ada kejayaan tanpa resiko, tidak ada perjuangan yang tidak ada resiko, tiada ada satu perjuangan dan kejayaan yang tidak di uji oleh Allah, kerana fitrah kejadian manusia dari dulu hinggalah sekarang, mereka telah berjaya dengan di dahului oleh berbagai risiko


Hari ini kita sedang berjuang dan sedang menghadapi risiko itu, risiko yang bukan sebarang tanggung yang terpaksa di tanggung, sama ada risiko yang lahir dari dalam parti kita sendiri atau di antara mereka yang tidak tahan mengahadapi ujian dan resiko di dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan, mereka tidak mempunyai kekuatan fisikal dan mental bagi menghadapi kerenah kewangan dan kebendaan, dan mereka lupa dasar perjuangan yang terdapat di dalam perlembagan parti sendiri, dalam waktu yang sama kita juga sedang dan akan menghadapi ujian yang besar dari parti pemerintah umno/bn sebelum kita di berikan oleh Allah dengan kemenangan insya Allah


Biar mereka pergi !!Biar mereka telan rasuah !!! Biar mereka dakap kebendaan yang di janjikan oleh si rakus kepada mereka, tetapi kita tetap akan meneruskan perjuangan, kerana kita tahu dasar perjuangan kita memang akan menghadapi berbagai ujian sebagai satu tiket untuk mencapai kemenangan,


kepada kita perjuangan untuk memertabatkan keadilan bukannya semudah macam kita bercakap dan berucap, tetapi perjuangan ini memerlukan suatu pengorbanan yang bagaikan patah sayap terbang juga, yang patah biarkan patah, yang hilang biarkan hilang, namun yang patah dan hilang tidak pernah tidak berganti, itu yang harus kita tekadkan.


Hadirin yang saya hormati sekalian

Dalam perjuangan yang ada di dalam parti kita, kita perlu melihat ke arah hadapan, siapa di sebelah kiri kita, siapa di sebelah kanan kita, di belakang kita, di hadapan kita semuanya itu adalah KITA, yang berjuang untuk menuntut keadilan yang secara syumul tanpa mengambil kira kaum dan agama, kita berjuang bersama-sama, susah bersama, senang bersama di samping menghormati adat dan budaya kita masing-masing, tanpa menekan dan memaksa mana-mana pihak untuk kepentingan peribadi dan kaum.


kita wajib mempelbagaikan kerjasama yang asas bagi keutuhan organisasi kita, kita tumbang bersama dan bangun bersama, kita jangan cepat menuding jari kepada perkara yang kurang jelas, kita di ajar dengan konsep yang jitu, iaitu jika ada orang fasik yang membawa suatu berita, maka kamu hendaklah teliti terlebih dahulu kerana orang fasik itu memang perangainya untuk memecahbelahkan dan menjatuhkan maruah organisasi kita, demikian agama kita mengajar supaya kita berjaga-jaga dan berhati-hati. Hari ini kita berjuang dan terus berjuang walaupun terpaksa menempuh ranjau dan duri, walaupun kita sedang merasakan pahit dan maungnya erti sebuah perjuangan untuk menegakkan keadilan bagi semua kaum di Negara ini dan sebenarnya kita tidak berjuang keseorangan di dalam menegakkan keadilan


Kita sayang kepada Negara yang sedang di hancurkan oleh kerajaan yang zalim dari Barisan Nasional dan UMNO, yang rakus dengan rasuah, yang rakus dengan perjudian, yang rakus dengan penipuan secara melampau, yang rakus dengan mabuk kuasa, yang menindas, jika semua yang berlaku ini tidak kita bendung, tidak kita halang, maka tunggulah kehancuran Negara dan rakyat di Negara ini


Hadirin yang saya hormati sekalian

Hari ini kita perlu memulakan suatu lembaran yang baru dalam parti kita, kita perlu mulakan bergerak secara aktif dengan memperhebatkan penerangan kepada rakyat yang sedang menunggu-nunggu apakah perjuangan keadilan yang kita bawa ini akan bermulanya benih keadilan yang akan tumbuh ataupun tenggelam, kita mulakan jihad supaya Allah menunjukkan jalan rahmatnya untuk kita,


Para perwakilan dan pemerhati sekelian,

wanita keadilan,AMK dan srikandi yang punyai tenaga penggerak perlu bergerak sekarang kerana mungkin pilihanraya ke- 13 akan tiba dan di samping menambahkan keahlian parti kita, kita juga harus menjadi pencetus api kemerdekaan yang jelas kerana kita merupakan generasi muda,penting dan ternilai buat negara.


Hari ini saya suka mengambil kesempatan menyeru kepada wanita-muda supaya menyertai kita, kita kerahkan kepada anak-anak kita supaya berjuang bersama di samping menjadi ahli kepada parti kita, mereka adalah aset yang terpenting untuk menggerakkan jentera parti, kita tanamkan semangat juang yang jitu kepada mereka, kita latih mereka tanpa meminta-minta dan mengharapkan sebarang habuan untuk bergerak sebagaimana yang diamalkan oleh lawan kita,dari perjuangan yang kita bawa sebenarnya membantu orang ramai melakukan jihad ke jalan perjuangan yang di tuntut oleh Allah selagi mana perjuangan itu benar dan adil


Kerana itu telah tiba masanya buat kita menghargai peranan sayap-sayap parti ini terutamanya wanita bukan hanya pada nama namun harus dilahirkan dan diterjemahkan dengan baik.semangat dan sikap setia dan jujur mereka terhadap parti seharusnya menjadi kebanggaan dan nikmat yang perlu disyukuri.


Hadirin yang saya hormati sekalian

Mari kita lihat contoh yang terbalik yang di sarankan oleh Allah kepada manusia, iaitu kita memufuk kerjasama yang kukuh sebagaimana fitrah manusia yang Allah jadikan berpuak-puak dan berkaum-kaum supaya manusia itu berkenal-kenalan tentang adat dan budaya masing-masing, mereka mahu hidup dalam keadaan aman di dalam masyarakat majmuk, mereka mahukan hidup bahagia, mereka tidak mahu di inayai, mereka tidak mahu di zalimi sebagaimana mereka yang telah di zalimi oleh mana-mana pemerintah yang zalim, inilah hakikat kehidupan yang di anjurkan oleh Allah kepada manusia, dan perjuangan yang berbentuk inilah yang sedang berada di dalam parti keadilan rakyat sekarang malah kita tidak berjuang bersendirian di dalam menegakkan keadilan di Negara ini bahkan kita ada rakan dari parti DAP dan PAS di dalam Pakatan Rakyat yang ternyata telah memberikan kesan dan pukulan yang hebat dan besar dalam memberikan tekanan yang lebih berkesan terhadap umno/bn,

telah terbukti, telah teruji bahawa kerjasama ini telah mendatangkan kejayaan yang besar di SIBU yang mana kubu kuat tradisi umno/bn ini tumbang sekalipun kita bermodalkan hanya keringat jika di bandingkan dengan perjuangan mereka yang menggunakan rasuah, tekanan, peras ugut, balas dendam yang di amalkan oleh mereka


Hadirin yang saya hormati sekalian

Pada hari ini mari kita membaharui tekat perjuangan pada diri kita supaya rakyat senang menerima perjuangan kita, kita teluskan diri kita sebagai ahli yang beramanah kepada rakyat, kita halau segala kepincangan yang ada pada diri kita, kita pupuk perpaduan yang jitu yang tidak berbelah bagi di antara kita, kita pupuk benih kepercayaan rakyat kepada kita, kita pulihkan balik kepercayaan rakyat yang telah di cemari oleh musuh-musuh kita, kita gembelingkan tenaga kita bagi persediaan PRU 13 yang akan datang,agar kemenangan yang bakal kita perolehi merupakan kemenangan yang cukup bermakna hasil dari kejujuran dan keihlasan kita berjuang demi rakyat,islam dan keadilan

sekali lagi saya mohon kema’afan jika terdapat kekasaran dari ucapan yang saya telah ucapkan dan saya menyeru sekali lagi supaya kita menjaga dan merapatkan baiksangka kita di antara ahli yang terdapat di dalam parti kita, juga saya menyeru bersungguh-sungguh kepada ahli kita supaya membuat rujukkan kepada pucuk pimpinan segala apa juga masalah yang timbul semasa kita menjalankan tugas supaya ia tidak di jadikan bahan politik kotor yang menjatuhkan maruah parti dan perjuangan kita


Akhir kata,semoga semangat dan roh kebangkitan itu akan tercipta hari ini dan akan disemarakan sehingga kemenangan itu menghampiri,


Sekian wabillah hitaufiq walhidayah wassalammualikum

SITI AISHAH BT SHAIK ISMAIL
KETUA SRIKANDI KEADILAN MALAYSIA

Ketua Srikandi dibawa menaiki kenderaan polis ke lokasi
Ketua Srikandi dan pihak Polis di lokasi aduan
Satu lagi billboard yang dipasang dijalan masuk ke stesen KTMB Serendah
Cif insp Jageet dibawa ke lokasi di serendah

Hulu Selangor : Srikandi Parti Keadilan Rakyat hari ini memberi kerjasama penuh kepada pihak Polis dengan membawa Cif Insp Jageet ke semua lokasi yang telah dilaporkan dalam laporan polis yang dibuat awal pagi semalam.Selepas semalam hanya satu dari 10 banner yang dilaporkan diturunkan.

Ketua Srikandi KEADILAN dalam kenyataan kepada media menyatakan bahawa sekiranya sehingga jam 10 pg esok semua Billboard dan Banner tidak diturunkan maka Srikandi dan rakan rakan dalam parti akan menurunkanya sendiri.Ia sebagai tanda bahawa kami serious untuk memastikan perjalanan pilihanraya kali ini aman,adil dan bersih.

Laporan Polis Ketua Srikandi Keadilan Malaysia

Posted by Srikandi Keadilan | 3:40 PM | 0 comments »




KENYATAAN MEDIA

Tarikh : 19 April 2010

Per: KEMPEN BARISAN NASIONAL BERBAUR LUCAH DAN HASUTAN

Srikandi Keadilan Malaysia ingin menyatakan bantahan terhadap bahan-bahan kempen yang dikeluarkan oleh Barisan Nasional (BN) sama ada di billboard atau dalam bentuk risalah yang berbaur lucah dan hasutan.

Tinjauan Srikandi mendapati bahawa billboard-billboard yang dipasang oleh BN mempunyai unsur-unsur hasutan dan provokasi seperti:

1. Terdapat gambar Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dicop sebagai pengkhianat Negara

2. Provokasi dalam kes kuil India di Seksyen 3, Shah Alam

3. Kata-kata yang memperlekehkan hak dan keputusan pengundi Hulu Selangor oleh Puteri UMNO

Selain daripada itu, risalah berbaur lucah yang disebarkan kepada umum seperti

1. Gambar kes YB Elizabeth Wong

2. Gambar palsu Dato’ Zaid Ibrahim meminum arak

3. Gambar YB Elizabeth Wong dan Dato’ Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim

Tindakan ini menunjukkan bahawa BN tidak mempunyai isu untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat kerana Kerajaan Selangor membuktikan prestasi yang cemerlang dalam pentadbiran negeri.

Selain itu juga, BN dilihat tidak matang dalam melaksanakan kempen pilihanraya walaupun telah 50 tahun terlibat dalam proses pilihanraya, namun masih gentar dengan kekuatan PR.

Srikandi mengecam tindakan ini sebagai tindakan yang tidak professional dan provokatif yang menyerang peribadi pimpinan dan individu tertentu.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) harus bertindak terhadp situasi ini. Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor harus berlangsung dalam keadaan yang aman, adil dan bersih.

SITI AISHAH SHAIKH ISMAIL

Ketua Srikandi Keadilan Malaysia

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor, Zainal merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR

Srikandi KEADILAN merakamkan ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham.Al-Fatihah..

UMNO Kelirukan Tarikh sebenar Hari Wanita Sedunia

Posted by Srikandi Keadilan | 8:20 PM | 0 comments »