Srikandi KEADILAN hari ini membidas kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang menyarankan agar Kerajaan yang ada membina Sekolah Pelajar Hamil peringkat Kebangsaan yang mana saranan itu telah diutarakan oleh Ketua Menteri Melaka Dato Seri Ali Rustam baru-baru ini.


Saya merasakan itu sebagai satu bentuk tindakan yang tidak membantu namun akan membuatkan gejala seperti penzinaan dan pergaulan bebas anak remaja semakin berleluasa.Saya tidak menolak bahawa remaja-remaja ini harus diberi peluang kedua namun sepatutnya sebagai salah seorang pemimpin generasi muda kita harus memikirkan sesuatu mekanisma pencegahan dan bukan satu bentuk habuan yang akhirnya akan mengakibatkan ia menjadi semakin sukar dibendung.


Srikandi juga turut mengatakan kekesalan diatas idea atau cadangan yang dianggap tidak masuk akal dan menghina generasi muda khususnya wanita.Kita mahukan satu generasi yang lebih baik kerana mereka merupakan generasi yang akan mewarisi masa depan,namun dengan keluarnya idea dan pendekatan ini saya merasakan ia sesuatu yang cukup dikesali.


Isunya ialah pembendungan dan pencegahan masalah pergaulan bebas yang akan membawa kemudaratan ini bukan memikirkan mahu menghabiskan wang rakyat untuk sesuatu yang tidak langsung membantu.Jika benar kerajaan yang ada mahu membantu generasi ini maka pencegahan dan peranan institusi agama itu harus diperhebatkan bukan berdiam diri dan akhirnya ia tidak membawa apa-apa.


Membina bangunan bertingkat dan juga prasarana seperti itu bukan jawapan yang tepat.Sudah berapa banyak rumah-rumah perlindungan diwujudkan dan badan-badan khas seperti jabatan kebajikan masyarakat dan juga badan-badan ngo ditubuhkan untuk isu ini namun masih menemui jalan buntu.Jadi saya rasakan bahawa pembinaan sekolah “Hamil” bukan jawapanya melainkan gerak kerja dan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh Kerajaan sendiri.


Untuk itu saya boleh nyatakan bahawa ini menunjukan bahawa Kerajaan yang ada gagal untuk menjamin masa depan generasi muda masa kini dan untuk itu satu bentuk perubahan kerajaan yang baru harus berlaku agar ia lebih menjamin masa depan mereka.



SITI AISHAH BT SHAIK ISMAIL
KETUA SRIKANDI KEADILAN MALAYSIA

1 comments

  1. Unknown // February 7, 2022 at 3:54 PM  

    Hahaha berbual, tengok dulu ketua PKR tu, kaki bontot jantan