Srikandi sokong ISA satu Penindasan

Posted by Srikandi Keadilan | 5:17 PM | 0 comments »


Kenyataan Media

Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

Tarikh: 17 Mac 2010


Penangkapan ISA: Penganiayaan Terhadap Wanita


Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dianggotai lebih daripada 83 buah organisasi terdiri daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Parti-Parti Poliltik, Badan Hak Asasi Manusia, Wanita, Mahasiswa, Majlis Peguam dan Pertubuhan Pekerja menggesa Kerajaan untuk menghentikan cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi sebaliknya menegaskan ISA mesti dimansuhkan.


Dalam kerajaan ingin meminda akta ini, satu penangkapan ISA terbaru telah diberi liputan besar-besaran oleh media milik kerajaan bahawa kerajaan telah menahan sekumpulan pelajar yang majoritinya adalah dari luar negara yang sedang menuntut di beberapa universiti di Malaysia dan menuduh mereka sebagai pengganas antarabangsa. Seramai 12 orang telah ditahan pada 21 Januari 2010.

Mereka telah dinafikan hak untuk bertemu peguam walaupun telah beberapa kali dipohon. Mereka telah menfailkan permohonan habeas corpus sehingga hari perbicaraan iaitu pada 11 mac 2010, mereka masih tidak dibenarkan berjumpa peguam. Kerajaan dengan ini jelas mencabul hak mereka. Apakah ini yang dikatakan pindaan yang menambah baik ISA?


Tiba-tiba mereka yang dituduh pengganas itu dibebaskan dan secepat kilat dihantar pulang ke negara masing-masing dan beberapa orang masih menunggu di Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang tanpa memaklumkan kepada isteri dan ahli keluarga mereka dan tanpa membenarkan mereka berjumpa ahli keluarga mereka sebelum dihantar pulang. Isteri-isteri tersebut adalah Bashirah isteri kepada Luqman Abdul Salam yang dihantar pulang pada 13 Mac 2010 dan Khalidah isteri kepada Abdul Alhi Bolajoko Uthman yang dihantar pada 14 Mac 2010. Kedua-duanya dihantar pulang ke Nigeria. Ummu Huzaifah isteri kepada Sheikh Aiman warganegara Syria, seorang pelajar PhD Universiti Putra Malaysia hanya dapat bercakap dengan suaminya melalui telefon sejurus sebelum suaminya berlepas (dihantar pulang) pada 16 Mac 2010.


Tindakan kerajaan Malaysia yang mempunyai elemen penderaan emosi dan psikologi terhadap isteri mangsa ISA adalah bertentangan dengan Konvensyen Antarabangsa, CEDAW yang menghendaki setiap negara di dunia menghentikan sebarang bentuk penderaan dan keganasan terhadap wanita.

Jawatankuasa Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA(PSK-GMI) mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap pasukan polis dan jabatan imigresen Malaysia yang membiarkan ahli keluarga mereka yang ditahan bersendirian terumbang ambing di Malaysia. Mereka tidak mempunyai keluarga di sini bahkan mereka datang kerana menemani suami mereka untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia.


Alangkah terkejutnya mereka apabila tiba-tiba suami mereka ditahan tanpa dibenarkan membela diri terus dihantar pulang dan meninggalkan mereka bersendirian dengan anak-anak di sini. Mereka adalah wanita yang mempunyai hak untuk dilayan seperti manusia dan bukan dibuat sesuka hati oleh Menteri Dalam Negeri.


Kami memberi amaran kepada Menteri Dalam Negeri bahawa kes penangkapan ini akan menjadi bebanan dan memburukkan imej Malaysia di mata dunia. Malaysia yang selama ini mempromosikan bahawa negara kita adalah destinasi pelancongan dan sebagai hub pendidikan pelajar luar negara khususnya dari negara timur tengah telah tercemar dan menakutkan mereka kerana adanya undang-undang drakonian iaitu ISA.


Kempen supaya ISA dimansuhkan sudah berjalan sejak 20 tahun lalu dan telah berjaya mencipta gelombang kesedaran dan perubahan hasil daripada kempen GMI dan anggota gabungannya. Isyarat jelas penolakan terhadap ISA dilihat pada keputusan Pilihanraya Umum ke-12, 8 Mac 2008 dan kejayaan Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009.


Jawatankuasa Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA(PSK-GMI) yang selama ini menjadi tempat mengadu nasib bagi kaum wanita dan kanak-kanak mangsa ISA, tetap dengan pendirian bahawa ISA telah menzalimi golongan wanita. Hasrat kerajaan yang kononnya membela wanita adalah ternyata kenyataan hipokrat apabila menggunakan ISA terhadap rakyat dan sesiapa sahaja dan sekaligus menganiaya golongan wanita dan kanak-kanak yang menjadi keluarga tahanan.


Sejak tahun 1960 hingga kini (2010), lebih 20,000 orang ditahan tanpa bicara di bawah ISA. Kesan penangkapan ISA, lebih 50,000 orang terdiri dari wanita dan kanak-kanak yang telah kehilangan ketua keluarga yang mencari rezeki dan tempat bergantung pendidikan dan kasih sayang seorang bapa.


Dengan ini kami menuntut agar:

  1. Kebajikan isteri-isteri pelajar-pelajar ini ditanggung oleh Kerajaan Malaysia
  2. Jika mereka ingin pulang ke negara masing-masing, kerajaan mestilah menguruskan penghantaran mereka sehingga selamat sampai
  3. Kerajaan memohon maaf atas kesilapan menahan suami mereka dan membayar gantirugi pengajian suami mereka yang terhenti disebabkan pengkapan ISA

Kenyataan Media YB Nurul Izzah

Posted by Srikandi Keadilan | 6:23 PM | 0 comments »



KENYATAAN MEDIA

UNTUK EDARAN SEGERA


Tarikh: 12 Mac 2010


Tangani Segera Isu Perkahwinan Dengan Kanak-kanak Perempuan Di Bawah Umur


Baru-baru ini negara digemparkan oleh berita perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun dengan seorang lelaki berumur 40 tahun di Kampung Jelawang, Kelantan. Yang lebih memeranjatkan adalah kenyataan Hakim Shariah di Kelantan hari ini yang menyatakan bahawa kejadian tersebut sah di bawah Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan selagi alasan yang munasabah diberikan dan diterima oleh Mahkamah.


Pertama, saya menyokong saranan Datuk Sharizat Jalil agar siasatan segera diadakan dalam kes ini. Tetapi tidak memadai dengan siasatan sahaja, tindak balas diwajibkan jikalau terbukti satu kesalahan telah dilakukan. Pihak kementerian –Wanita, Pembangunan dan Masyarakat dan juga Dalam Negeri beserta Polis DiRaja Malaysia juga wajib bekerjasama dengan erat dalam membantu menghentikan kes-kes pencabulan lain yang melibatkan kanak-kanak perempuan seperti kes sumbang mahram atau rogol daripada terus berlaku.


Sungguhpun faktor kematangan merupakan salah satu faktor yang membenarkan perkahwinan dengan kanak-kanak perempuan, namun kepentingan terbaik seorang kanak-kanak bukanlah untuk menjadi seorang isteri atau ibu tetapi untuk menerima pendidikan serta menikmati dan memenuhi hak dan keperluan sebagai seorang kanak-kanak kerana pada tahap itu, perkembangan kanak-kanak adalah pada tahap yang amat kritikal.


Kedua, selaras dengan semangat dan kandungan Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang diratifikasi oleh Malaysia pada tahun 1995, saya ingin menyeru agar Undang-undang yang membenarkan perkahwinan anak gadis bawah 16 tahun dikaji semula agar selaras dengan kepentingan dan kebajikan kanak-kanak.


Tambahan lagi, perkahwinan sebegini bercanggah dengan peruntukan undang-undang di bawah Kanun Keseksaaan berhubung rogol statutori.


Justeru, kejutan sebegini perlu diambil serius dan menggesa kita bertindak cepat untuk memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan sepatutnya.


Nurul Izzah Anwar

Ahli Parlimen Lembah Pantai


SRIKANDI KEADILAN MEMBANTAH PERLAKSANAAN GST

Posted by Srikandi Keadilan | 5:38 PM | 0 comments »

GST membebankan Rakyat!

Posted by Srikandi Keadilan | 5:37 PM | 0 comments »


Apa itu GST yang semakin hebat diperkatakan sekarang ini di seantero malaysia.Good & Services Tax atau nama singkatannya GST akan dibacakan buat kali kedua dalam penggal pertama parlimen Malaysia pada 15 hb ini oleh Najib tun Razak yang mana ia akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Dipertuan Agong.Dan dijadualkan juga pada pagi tersebut sekitar jam 9.00 pagi akan diadakan satu himpunan aman besar-besaran bagi membantah perlaksanaan GST yang sekiranya diluluskan akan dilaksanakan pada 2011 nanti.

Ini merujuk kepada soal peri kemanusiaan dan kepentingan rakyat sememangnya kita hanya melihat PR seolah-olah tidak habis-habis mahu berdemo dan melakukan sesuatu yang kononnya menggugat ketenteraman awam.namun suka aku tekankan bahawa ini sememangnya bukan masalah PR sahaja namun sekiranya difikir dengan akal yang cerdik dan ada ilmu maka ia perlu difikirkan oleh semua peringkat dan bukan sahaja dikalangan pemimpin PR.

GST merujuk kepada penambahan cukai sebanyak 4 % terhadap semua keperluan seharian rakyat termasuklah beberapa benda-benda kecil yang dahulu dirasakan tidak membebankan dan kini akan menjadi beban rakyat.Kemungkinan dari akibat kenaikan itu juga akan memperlihatkan kemiskinan rakyat akan menjadi lebih teruk dan tidak seimbang.Rakyat yang miskin akan terus merempat dan merana dan yang berpendapatan sederhana juga tidak terkecuali akan menjadi miskin dan akhirnya bebanan rakyat itu akan membinasakan rakyat itu sendiri.Apabila ditanya oleh MP pembangkang di dalam parlimen Najib menjawab jika perlaksanaan GST itu dilakukan maka ia akan membawa peningkatan sebanyak 1 billion iaitu dari 12 billion kepada 13 billion sahaja manakala kos bagi mempromosikannya dan melaksanakanya itu akan memakan jumlah sehingga 5 Billion Ringgit.

Percaya atau tidak percaya sekiranya ia dilaksanakan juga maka peningkatan harga barangan runcit juga akan turut terkesan dan kesempitan rakyat akan terus terbeban dan tertindas.Kita akan dapat lihat dengan kesan-kesan tersebut maka tidak akan ada lagi penjualan kuih-muih yang dapat rakyat beli dengan harga yang berpatutan.Dari sekecil-kecil benda dan sebesar-besar benda semuanya akan mengalami peningkatan.Dan dari kajian yang dilakukan tidak mustahil sekiranaya akibat dari perlaksanaan GST itu ia akan membawa peningkatan dari 4% ke 10 % sekiranya ia dilaksanakan.

Oleh itu kami PR bukan sengaja mencari bahan dan sebab untuk bangun menyatakan kebenaran namun ini hak rakyat yang perlu di pertahankan.ini bukan hak rakyat dan penyokong PR sahaja namun ini hak Rakyat tanpa mengira kaum,agama, bangsa dan juga fahaman Politik.oleh itu ayuh semua kita bersama di parlimen 15 hb ini untuk mempertahankan Hak Kita ia bukan sesuatu yang akan mengambil masa yang singkat namun ia akan menjadi perosak sehingga kesannya akan dirasai oleh anak,cucu dan generasi dimasa hadapan.


Kenyataan Akhbar Ketua Srikandi Keadilan-Suara Keadilan

Srikandi Parti Keadilan Rakyat telah menetapkan sasaran awal bagi golongan muda untuk menghadapi PR 13 yang bakal berlaku bila-bila masa sahaja.Ia merupakan anggaran awal yang meliputi seluruh Malaysia.Srikandi Keadilan juga meletakan sasaran bagi penambahan ahli Srikandi dalam masa terdekat.Ia akan dilakukan dan akan digerakan bagi membantu parti dalam mendapatkan sokongan generasi muda dalam sistem pembentukan Kerajaan di Negara ini.

Srikandi PKR desak Turunkan Harga Gula.!

Posted by Srikandi Keadilan | 11:53 PM | 0 comments »

Keratan Akhbar Sinar Harian
Ketua Srikandi Keadilan turut menyampaikan ucapan
Ketua AMK Melaka turut serta

-Kenyataan Media -
10.01.2010
SRIKANDI PKR DESAK TURUNKAN HARGA GULA

Srikandi PKR turut sama-sama mendesak agar harga gula yang dinaikan oleh kerajaan sebanyak 20 sen berkuatkuasa bulan ini agar diturunkan kembali.Mengambilkira bahawa gula merupakan kelengkapan masakan harian pengguna di malaysia kami meraskan bahawa kenaikan itu adalah tidak wajar dan munasabah.

Jika dilihat dalam jumlah peratus kemiskinan negara maka tindakan kenaikan ini sebenarnya telah menjejaskna dan menekan rakyat yang hidup dengan sara hidup yang rendah dan juga bagi rakyat miskin di kawasan luar bandar.

Dan kerana itu Srikandi Keadilan mendesak agar harga Gula diturunkan agar Rakyat tidak terus dihimpit dengan kesempitan ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.

Srikandi Sinar Negara

Program Srikandi Keadilan

Posted by Srikandi Keadilan | 11:46 PM | 0 comments »

Team Srikandi bergambar bersama Ketua Wanita
Ketua Srikandi menyampaikan hadiah dalam acara cabutan bertuah
Srikandi Berwacana
Stikandi Keadilan bersama Ketua Umum

Srikandi parti Keadilan Rakyat telah sama menyertai Pertandingan Bowling bagi merebut Piala Ketua Wanita Keadilan yang diadakan di Wilayah Persekutuan pada 9 .01.2010.Ia diadakan hasil dari anjuran Ketua Wanita Wilayah dan wanitanya.Srikandi Keadilan telah menghantar 1 team bagi aktiviti tersebut.

Pada sebelah petangnya Srikandi Keadilan telah bersama-sama dalam satu Program anjuran Wirda iaitu Wacana Gender yang diadakan di Hotel de Palma Ampang.Program sepanjang 2 hari itu telah diadakan bagi membincangkan mengenai kesaksamaan gender di dalam politik Negara.Penutup bagi program tersebut telah disempurnakan oleh Katua Umum Parti Keadilan Rakyat iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.