Rakyat Mesti Terus Memberi Tekanan!

Posted by Srikandi Keadilan | 10:40 AM | 0 comments »


Jam 2.15 petang bertempat di Ibu Pejabat KEADILAN diadakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat, bersidang selama hampir 5 jam. Pimpinan parti membentangkan laporan konvensyen KEADILAN yang telah diadakan di peringkat negeri, nyata sekali hasilnya memberangsangkan. Masa yang sama digunakan untuk membahas draf dasar Pakatan Rakyat dan persediaan ke arah Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat, dengan menitip fokus dan tekad melaksanakan agenda perubahan dan tanggungjawab pimpinan seluruhnya di semua peringkat.

Perkembangan yang sangat baik di sebalik keputusan Menteri Kerjaraya yang akur memastikan ketelusan dokumen mengenai tragedi Bukit Antarabangsa. Akhirnya mereka tunduk dan akur dengan hak rakyat untuk mengetahui perkembangan di sebalik siasatan yang dilaksanakan. Ini membuktikan bahawa, jika rakyat sedar dan terus mendesak, walhasil Kerajaan Umno-BN akan terpaksa akur. Kendatipun begitu haruslah tuntas untuk hormati hak rakyat. Hak dan kehendak rakyat jangan diperdagang untuk meraih populariti sementara.

Bagaimana halnya dengan kes VK Lingam, skandal PKFZ, komisen kapal selam, pembunuhan Teoh Beng Hock, dan mutakhir mengenai BTN? Apakah desakan rakyat sekadar angin lalu yang tidak ada kepentingan untuk didedahkan pada kadar segera. Rakyat perlu terus mara!

ANWAR IBRAHIM

0 comments