Srikandi bersama Kartunis Zunar

Posted by Srikandi Keadilan | 6:45 PM | 0 comments »

Srikandi Parti Keadilan akan menganjurkan Bengkel Lukisan bersama Kartunis Zunar







Tempat : Brickfields ( pejabat lama KEADILAN PUSAT)
Waktu : 11.00 pagi hingga 1.00 petang

Tarikh : 1 January 2010

Bayaran penyertaan Rm 10.00 seorang

Selamat Tahun Baru & Hari Natal

Posted by Srikandi Keadilan | 4:16 PM | 0 comments »

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian dan Selamat Tahun Baru kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, maka tahun 2009 akan melabuhkan tirainya dan meninggalkan segala kenangan dan sejarah yang ada.Selepas itu tirai baru akan dibuka bagi menandakan permulaan bagi tahun 2010. Kebiasaan untuk kita mempunyai azam dan tekad yang baru juga menyimpan satu impian yang baru.Menjelangnya tahun yang baru, kita akan memperbaharui tekad dan keazaman demi untuk mencapai matlamat yang disasar serta dicita-citakan. Agar segala yang dihajat dan diimpikan dapat diusahakan dan digapai dengan satu harapan yang baru yang membawa kebaikan buat semua.

Sekali lagi saya dan semua barisan kepimpinan Srikandi Keadilan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 dan Hari Natal kepada Srikandi yang yang berugama Kristian.


-Srikandi Sinar Negara-


- KENYATAAN MEDIA -
Tarikh : 17.12.2009

DASAR PAKATAN RAKYAT MEMENUHI KEPERLUAN GENERASI MUDA

Srikandi Parti Keadilan Rakyat menyokong dan menerima dasar bersama Pakatan Rakyat yang mana ia telah menepati hak dan kehendak golongan muda.Dasar bersama yang dirasakan memenuhi slogan bagi memperkasakan Hak Rakyat yang mana ia melibatkan penglibatan dari kesemua lapisan dari generasi muda ini.

1 . Dasar bagi menjamin peluang dan hak yang adil untuk golongan muda dalam kesemua lapisan masyarakat merupakan satu lagi halangan yang dibuang oleh Pakatan Rakyat bagi memberikan peluang buat golongan muda untuk merialisasikan potensi mereka dari ia terus hilang dan dilupakan.

2.Dasar bagi memastikan generasi muda yang ada tidak lagi terpinggir dan dibiarkan tanpa peluang melanjutkan pengajian dan juga membuang sekatan terhadap kemudahan latihan yang lebih baik dan mudah kepada golongan muda ini amat disambut baik.

3. Perkara ketiga yang kami rasakan amat penting dalam dasar Pakatan Rakyat ini ialah mengiktiraf kepentingan dan sumbangan generasi muda dari segi perkongsian pendapat dan juga idealogi mereka dalam menambah baik kemantapan hala tuju Negara.

4.Kami merasakan bahawa generasi muda merupakan penyambung dan penyumbang kepada ekonomi, kemahiran dan pemikiran yang baik buat Negara.


SITI AISHAH BT SHAIK ISMAIL
KETUA SRIKANDI PARTI KEADILAN RAKYAT

SRIKANDI SINAR NEGARA

Atucara Konvensyen

Posted by Srikandi Keadilan | 10:47 PM | 0 comments »

Tarikh: 19hb Disember 2009 (Sabtu)

Tempat: Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor

8:00 pagi: Pendaftaran.

9:00 pagi: Pembukaan

9:15 pagi: Ucapan Perdana Ketiga Pimpinan Tertinggi dan Perasmian Bersama Konvensyen

* YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN
* YAB Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP
* YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

10:15 pagi : Rehat

10:45 pagi: Pidato Dasar Pakatan Rakyat (dipengerusikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim)

* YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS
* YB Tony Pua, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP
* YB Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR

Perbahasan oleh 2 perwakilan setiap parti

12:45 tgh: Makan tengahari.

1:45 tgh: Sambungan perbahasan oleh 3 perwakilan setiap parti (dipengerusikan YB Teng Chang Khim)

3:30 ptg: Majlis Penutup (dipengerusikan YB Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah)

Rumusan oleh 3 Pimpinan:

YB Karpal Singh. Pengerusi Kebangsaan DAP
YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Murshidul Am PAS
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN

5:00 ptg: Majlis bersurai. Sidang media.

Fiesta Anak Muda

Posted by Srikandi Keadilan | 7:24 PM | 0 comments »

Date:
Sunday, December 20, 2009
Time:
8:30am – 11:30pm
Location:
Dewan Serbaguna Seksyen 5, Jalan 5/46, Petaling Jaya (dekat dengan Petaling stesen KTM)

Parlimen Malaysia, 10hb Disember 2009
—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

Kami menyambut baik usaha PETRONAS yang mengumumkan prestasi separuh tahun bagi tahun kewangan yang akan berakhir pada 31hb Mac 2010. Tatkala kami hargai sumbangan PETRONAS untuk meningkatkan pendapatan Negara, berjumlah 48.6% dari jumlah keseluruhan pendapatan, kami juga merasa bimbang dengan merudumnya keuntungan syarikat tersebut kerana ianya bersangkutan langsung dengan kedudukan ekonomi Negara.

Pendapatan PETRONAS berdasarkan laporan yang dikeluarkan, mencatatkan kejatuhan berjumlah RM 59 billion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh Negara berkurangan sekitar 57%. Sepanjang 5 tahun ini, PETRONAS adalah entiti yang memberi sumbangan terbesar kepada pendapatan Negara. Untuk tahun kewangan 2008 sahaja, sumbangan PETRONAS merupakan 44.9% dari pendapatan Negara. Kebergantungan terhadap PETRONAS ini mengaburi kita dari kedudukan sebenar ekonomi akibat dari dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan mereka untuk memulihkan kewangan Negara semenjak terkesan dari krisis kewangan Asia 1997/1998.

Sepanjang 5 tahun ini, penggunaan sumber dan dana dari PETRONAS oleh kerajaan telah membengkak sekitar 21% setiap tahun. Ini bermakna setiap tahun, peratusan penggunaan sumber PETRONAS oleh kerajaan bertambah sebanyak 21% dari apa yang digunakan pada tahun sebelumnya. Ini juga bermaksud sepanjang 5 tahun ini, wang yang disedut oleh kerajaan telah meningkat lebih dari dua kali ganda. Misalnya pada tahun 2005, petronas menyumbang sebanyak RM31.2 billion dari jumlah keseluruhan belanjawan Negara. Namun pada tahun 2008, jumlah wang PETRONAS yang membentuk belanjawan Negara adalah sebanyak RM 74 billion-peningkatan sebanyak 130% sepanjang 5 tahun ini.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT

Baca lanjut di sini

1500 Perwakilan Pakatan Rakyat akan Berkumpul..

Posted by Srikandi Keadilan | 2:55 PM | 0 comments »


Dari Harakah Daily

Seramai 1500 perwakilan dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat akan menyertai konvensyen pertama Pakatan Rakyat 19 Disember ini di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Mereka akan menyaksikan detik penting sejarah besar Pakatan Rakyat dan juga rakyat Malaysia secara amnya, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat hari ini.

Konvensyen bertujuan untuk membincangkan ‘Dasar Bersama Pakatan Rakyat’ yang telah dimeterai oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ke Konvensyen yang akan dihadiri oleh para perwakilan yang mewakili parti-Parti dalam Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

PAS, PKR dan DAP adalah anggota rasmi Pakatan Rakyat. Konvensyen ini dijangka akan merumuskan beberapa perkara penting. Antaranya pendaftaran parti gabungan Pakatan Rakyat serta penggunaan logo bersama PR dalam pilihan raya umum akan datang.

Pembentangan kertas ‘Dasar Bersama Pakatan Rakyat’ akan disampaikan oleh Pemimpin Utama Pakatan Rakyat semasa Konvensyen tersebut.

‘Dasar Bersama Pakatan Rakyat’ ini akan menjadi dasar yang diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga Parti dan muafakat Pakatan Rakyat.

Sekretariat Pakatan Rakyat sebagai penganjur Konvensyen Pakatan Rakyat kali yang pertama ini memaklumkan, tema konvensyen ini adalah “Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan”.

Konvensyen ini akan berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga 6 petang akan terbuka kepada media di samping para pemerhati.

“Konvensyen Pakatan Rakyat ini juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat Pakatan Rakyat untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kepimpinan yang berwibawa,” kata kenyataan itu.

“Diharap pihak tuan/puan dapat hadir atau menghantar wakil untuk hadir meliputi acara yang bersejarah ini. Pendaftaran bagi wakil media boleh dibuat mulai hari ini di www.tinyurl.com/daftarmedia,” kata kenyataan itu lagi.

Konvensyen Pakatan Rakyat diumumkan pimpinan pakatan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang 21 Oktober lalu.

Semalam Setiausaha Agung Keadilan, Dato Sallehuddin Hashim dilaporkan memberitahu persiapan rapi sedang giat dijalankan menjelang konvensyen tersebut.

Persiapan dibuat dengan kejasama ketiga-tiga parti yang mahu melihat program tersebut berjalan lancar dan membuahkan hasil yang terbaik.

“Persiapan rapi sedang diatur dan semua pihak, ketiga-tiga parti gabungan, sedang bekerja keras bagi menjayakan konvensyen ini,”katanya.

“Lebih 500 perwakilan dijangka hadir dan kita tidak boleh memandang mudah terhadap persiapan yang perlu kita lakukan.”

Lagu tema untuk konvensyen tersebut bertajuk “Angin Pendamai” dicipta oleh Ito dari Kumpulan Blues Gang sudah pun siap dalam masa seminggu.

Manakala logonya pula menggunakan asas warna oren dan putih, menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan lima kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun.

Konvensyen Pakatan Rakyat Malaysia

Posted by Srikandi Keadilan | 9:29 PM | 0 comments »


Tarikh : 19 Disember 200
Masa : 8.00 pagi
Tempat Auditorium MBSA Shah Alam,Selangor

Rakyat Mesti Terus Memberi Tekanan!

Posted by Srikandi Keadilan | 10:40 AM | 0 comments »


Jam 2.15 petang bertempat di Ibu Pejabat KEADILAN diadakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat, bersidang selama hampir 5 jam. Pimpinan parti membentangkan laporan konvensyen KEADILAN yang telah diadakan di peringkat negeri, nyata sekali hasilnya memberangsangkan. Masa yang sama digunakan untuk membahas draf dasar Pakatan Rakyat dan persediaan ke arah Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat, dengan menitip fokus dan tekad melaksanakan agenda perubahan dan tanggungjawab pimpinan seluruhnya di semua peringkat.

Perkembangan yang sangat baik di sebalik keputusan Menteri Kerjaraya yang akur memastikan ketelusan dokumen mengenai tragedi Bukit Antarabangsa. Akhirnya mereka tunduk dan akur dengan hak rakyat untuk mengetahui perkembangan di sebalik siasatan yang dilaksanakan. Ini membuktikan bahawa, jika rakyat sedar dan terus mendesak, walhasil Kerajaan Umno-BN akan terpaksa akur. Kendatipun begitu haruslah tuntas untuk hormati hak rakyat. Hak dan kehendak rakyat jangan diperdagang untuk meraih populariti sementara.

Bagaimana halnya dengan kes VK Lingam, skandal PKFZ, komisen kapal selam, pembunuhan Teoh Beng Hock, dan mutakhir mengenai BTN? Apakah desakan rakyat sekadar angin lalu yang tidak ada kepentingan untuk didedahkan pada kadar segera. Rakyat perlu terus mara!

ANWAR IBRAHIM